13

Terbang

2 hr 15 mins Action
Terbang movie poster — GSC Cinemas Malaysia
Terbang trailer — GSC Cinemas Malaysia
Buy Tickets Book Now
Terbang movie poster — GSC Cinemas Malaysia

About Movie

Daripada penerbit POLIS EVO dan pengarah OLA BOLA, hadir sebuah filem aksi perlumbaan rali Malaysia yang sarat dengan debaran, keberanian dan perjuangan.

Tiada litar. Tiada pusingan berulang. Tiada peluang kedua. Dalam dunia rali, satu kesilapan mampu mengubah segalanya. Pemandu memecut pada kelajuan ekstrem merentasi selekoh buta dan laluan berbahaya, hanya berpandukan naluri serta arahan pantas pembantu pemandu.

Dihantui sebuah tragedi, Ajeet meninggalkan dunia yang pernah menjadi kehidupannya. Lima tahun kemudian, apabila masa depan keluarganya menjadi taruhan, dia terpaksa kembali ke tempat yang paling ditakutinya, di belakang stereng.

Bersama Kitt, pembantu pemandu yang berani, dan Imran, jurutera berbakat yang menjadi nadi kekuatan pasukan, Ajeet menyertai pasukan underdog Malaysia, PERT, dalam misi yang dianggap mustahil, mencabar pasukan-pasukan terbaik dunia.

Namun untuk membawa nama Malaysia ke pentas dunia, Ajeet perlu menakluki lebih daripada sekadar laluan berbahaya dan persaingan sengit. Dia perlu berdepan dengan ketakutan yang menghantuinya.

Mereka bukan sekadar berlumba untuk menang. Mereka berlumba untuk membuktikan bahawa Malaysia juga mampu mencipta sejarah di mata dunia.

Diinspirasikan daripada perjalanan luar biasa legenda rali Malaysia, Karamjit Singh
Director : Chiu Keng Guan
Cast : Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle, Qasrina Karim, Shweta Sekhon

Frequently Asked Questions