Notis Data Peribadi GSC
  1. Notis Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, anak syarikat, and/atau syarikat-syarikat berhubungan atau berkaitan dengannya (secara kolektif “GSC”, “kami” atau “kita”) memproses data peribadi anda, termasuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan, mengekalkan dan melindungi data paribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan undang-undang lain yang berkenaan di Malaysia. Terma “data peribadi”, “pemprosesan”, “transaksi komersial”, “subjek data” dan “orang yang berkaitan” yang digunakan dalam Notis ini mempunyai maksud yang ditetapkan dalam APDP.
     
  2. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami mengumpul, menggunakan dan memproses data peribadi anda seperti yang diterangkan di dalam Notis ini. Kami juga boleh memproses data peribadi anda jika, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang.
     
  3. Kami boleh meminda Notis ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami, dan pindaan tersebut akan berkuat kuasa serta-merta selepas diterbitkan di laman web kami (https://www.gsc.com.my/privacy-policy). Anda bersetuju untuk menyemak Notis ini secara berkala untuk mengetahui pindaan sedemikian, dan anda menerima serta bersetuju untuk terikat dengan Notis yang telah diubahsuai.
     
  4. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda perlu memastikan bahawa ibu bapa atau penjaga undang-undang anda bersetuju untuk pemprosesan data peribadi anda oleh kami seperti yang diterangkan dalam Notis ini.
     
  5. Adakah anda tertakluk kepada Notis ini?

    Notis ini memohon kepada anda jika:

    1. anda adalah pelanggan dan/atau bakal pelanggan;

    2. anda membuat pertanyaan tentang produk dan/atau perkhidmatan kami, menyertai acara promosi dan/atau pertandingan kami, menggunakan laman web kami ("Laman Web GSC") dan/atau aplikasi ("Aplikasi Mudah Alih GSC"), melawat atau mengakses mana-mana premis/fasiliti berkaitan yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh kami atau bagi pihak kami ("Premis Kami");

      (dikenali secara kolektif sebagai "Pengguna").

    3. anda memohon pekerjaan dengan GSC ("Pemohon Kerja") atau anda adalah ahli keluarga Pemohon Kerja yang data peribadinya diproses semasa memohon pekerjaan dengan kami.

  6. Penerangan mengenai data peribadi anda

    "Data peribadi" ditakrifkan dalam PDPA dan merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda, yang mana anda boleh dikenal pasti. Data peribadi yang diproses oleh GSC termasuk:

    6.1. Berkenaan dengan Pengguna, data peribadi yang dikumpulkan dan/atau diberikan secara sukarela oleh anda semasa berurusan dengan kami dalam apa jua cara atau cara termasuk mengikut sebarang urusan komersial dan/atau komunikasi yang dibuat dari/oleh kami seperti di acara yang dianjurkan atau dihadiri oleh GSC, dalam borang, perjanjian, laman web, dan/atau dokumen yang serupa mungkin termasuk:

    1. butiran peribadi anda (seperti nama, jantina, nombor Kad Pengenalan (“NRIC”), nombor pasport, tarikh kelahiran, bangsa, pekerjaan, nombor Fail Cukai Pendapatan) dan butiran hubungan (seperti alamat kediaman atau perniagaan kini, alamat e-mel, dan nombor-nombor telefon);
    2. nama pembekal perkhidmatan internet, laman web dari mana anda melawati Laman Web GSC/Aplikasi Mudah Alih GSC, mukasurat-mukasurat dan kandungan yang anda lihat, tarikh dan jangka masa lawatan anda, “cookies” untuk mengetahui kekerapan cara penggunaan, dan lain-lain, dari alat-alat analitik seperti Google Analytics dan lain-lain;
    3. minat peribadi dan keutamaan anda untuk membantu GSC merancangkan tawaran produk-produknya;
    4. rakaman imej anda melalui kamera atau kamera CCTV semasa anda melawati atau mengakses Premis Kami termasuk pawagam GSC;
    5. sebarang maklumat yang mengenal pasti anda atau membenarkan anda dikenal pasti.
       

    6.2. Berkenaan dengan Pemohon Kerja, data peribadi yang dikumpulkan adalah:

    1. butiran peribadi termasuk nama anda, umur, nombor telefon, alamat e-mel, alamat, nombor NRIC, nombor pasport, salinan kad pengenalan atau pasport anda, kewarganegaraan, jantina, agama, bangsa;
    2. maklumat keluarga seperti status perkahwinan, butiran ahli keluarga dan waris;
    3. maklumat berkaitan pekerjaan seperti sejarah pekerjaan, gelaran atau jawatan anda, lokasi pekerjaan anda, deskripsi peranan, tarikh pekerjaan, rujukan pekerjaan;
    4. data peribadi sensitif termasuk kepercayaan agama anda, butiran kesihatan atau keadaan fizikal atau mental anda, pendapat politik dan rekod sabitan jenayah;
    5. imej anda melalui kamera CCTV di Premis Kami;
    6. sebarang maklumat peribadi lain yang diberikan oleh anda dalam resume atau curriculum vitae anda.
       
  7. Tujuan-tujuan untuk pemprosesan data peribadi anda

    GSC boleh memproses data peribadi anda yang dikumpulkan dari anda atau sebarang golongan pihak ketiga yang dinyatakan dalam Notis ini, untuk mana satu atau lebih tujuan-tujuan tersebut (“Tujuan-Tujuan”):

    7.1. Data peribadi anda dikumpulkan daripada anda sebagai Pengguna:

    1. untuk menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda, termasuk:

      1. mengesahkan identiti anda;
      2. menjalankan program kesetiaan pelanggan GSC jika berkenaan;
      3. memproses dan memudahkan sebarang pembayaran dan transaksi dengan GSC termasuk pembelian tiket wayang dan produk atau perkhidmatan lain dari GSC;
      4. memproses sebarang komunikasi yang anda hantar kepada GSC (contohnya, menjawab sebarang pertanyaan, bertindak terhadap sebarang aduan dan/atau maklum balas);
      5. menyiasat dan menyelesaikan sebarang isu tiket atau pertanyaan lain atau aduan yang mungkin anda menyerahkan kepada atau bangkitkan dengan GSC;
         
    2. untuk mewujudkan dan mengurus perhubungan perniagaan yang mungkin ada GSC dengan anda;

    3. untuk membantu GSC mengawas and memperolekkan perkhidmatan-perkhidmatannya kepada anda, pasukan khidmat pelanggan GSc, Laman Web GSC dan Aplikasi Mudah Alih GSC, dan aset-aset serta perkhidmatan-perkhidmatan GSC lain yang berkaitan serta memudahkan dan menjalankan latihan katitangan-kakitangan GSC dan kawalan kuality dan audit-aduit GSC;

    4. untuk menyelengarakan rekod-rekod yang diperlukan untuk audit, keselamatan, tuntutan-tuntutan dan/atau tujuan-tujuan lain di sisi undang-undang;

    5. untuk menyiasat, menjawab kepada, dan/atau membela tuntutan-tuntutan yang dibuat terhadap atau melibatkan GSC;

    6. untuk pematuhan dan/atau sebarang tujuan-tujuan yang diperlukan oleh sebarang undang-undang yang berkaitan, arahan-arahan, panduan-panduan, perintah-perintah, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan sebarang pihak kerajaan atau pihak berkuasa berkanun atau badan pentadbiran atau badan pengawalan atau badan penyeliaan (termasuk penzahiran di bawahnya);

    7. di mana anda telah memberi kebenaran atau kami dibenarkan untuk berbuat demikian:

      1. untuk berkomunikasi dengan anda dan menghantar maklumat yang diminta oleh anda kepada anda dan/atau, dalam sesetengah kes, adalah tertuju kepada minat anda, seperti iklan banner berbentuk sasaran, notis pentadbiran, tawaran produk, dan komunikasi yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web GSC, Aplikasi Mudah Alih GSC dan/atau perkhidmatan GSC;
      2. untuk memberitahu dan/atau menjemput anda ke acara-acaraatau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh GSCm sekutu-sekutu perniagaan atau penganjur-penganjur;
      3. untuk memberitahu anda tentang manfaat-manfaat, perubahan-perubahan kepada ciri-ciri, promosi-promosi, pemberitahuan, surat berita, penggemaskinian, bahan-bahan promosi dan hak-hak istimewa yang khusus;
      4. untuk menghantar kepada anda ucapan-ucapan perayaan dan kandungan yang berkaitan dengan wayang gambar;
      5. untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan promosi (contohnya, pertandingan, kajian pasaran dan tinjauan, pengambilan gambar dan video anda di Premis Kami, terutamanya di dewan pawagam, photobooth dan/atau kawasan promosi wayang gambar);
      6. untuk menjalankan analisis pelanggan kami untuk memastikan kami menghantar bahan pemasaran dan promosi yang paling sesuai dan relevan kepada anda;
         
    8. sebarang tujuan-tujuan lain yang berhubungan dengan atau beriringan kepada sebarang di atas.

    7.2. Data peribadi anda dikumpulkan daripada anda sebagai Pemohon Kerja:

    1. untuk menilai kesesuaian anda untuk jawatan yang dipohon di GSC, untuk tujuan rekod umum Jabatan Sumber Manusia;
    2. untuk menjalankan semakan latar belakang ke atas pemohon kerja, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesahan pendidikan, semakan rekod pekerjaan terdahulu, semakan rujukan, sejarah kebankrapan, dan/atau saringan latar belakang jenayah; dan
    3. tujuan-tujuan lain yang berkaitan atau berkenaan dengan pekerjaan di GSC, sama ada anda kemudiannya diambil bekerja atau tidak.
       
  8. Sumber data peribadi anda

    Data peribadi anda dikumpul secara langsung daripada anda apabila anda:

    8.1. Pengguna:

    1. mendaftar sebagai ahli GSC;
    2. log masuk ke akaun anda di Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah alih GSC;
    3. membeli tiket di Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC;
    4. membeli makanan atau minuman di Laman Web GSC atau Aplikasi Muda Alih GSC;
    5. melawati atau mengekses Premis Kami termasuk apabila anda menggunakan photoboth dan/atau kawasan promosi wayang gambar;
    6. berinteraksi dan berhubung dengan GSC di sebarang acara-acara atau aktiviti-activitinya;
    7. berhubung dengan GSC sama ada melalui e-mel, telefon, Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC, media social seperti Facebook, Twitter dan Instagram dan juga lain-lain bentuk cara komunikasi;
    8. mendaftar atau melanggan untuk perkhidmatan khusus atau penerbitan-penerbitan GSC (seperti surat-surat berita atau mendaftaran ahli GSC);
    9. menyertai sebarang tinjauan-tinjauan, tinjauan-tinjauan pendapat umum GSC atau saluran-saluran lain yang sama yang digunakan untuk memperelokkan kandungan Laman Web GSC / Aplikasi Mudah Alih GSC, atau digunakan untuk tujuan-tujuan pemasaran GSC;
    10. memasuki atau menyertai sebarang peraduan-peraduan, pertandingan-pertandingan atau program-program kesetiaan yang dianjurkan oleh GSC;
    11. mendaftarkan minat anda dan/atau meminta untuk maklumat melalui Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC, pintu-pintu “online” GSC atau saluran-saluran lain yang tersedia;
    12. menjawab kepada sebarang bahan-bahan pemasaran yang dihantar oleh GSC;
    13. melawati atau melihat Laman Web GSC dan sebarang platform-platform lain yang dimiliki oleh GSC serta melalui “cookie” yang disematkan di Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC atau mana-mana mekanisme penjejakan lain yang mungkin digunakan dari semasa ke semara;
    14. membuat aduan dengan GSC;
    15. memberi maklum balas kepada GSC (seperti melalui Laman Web GSC atau dalam tulisan); dan
    16. mengemukakan data peribadi anda kepada GSC bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas.
     

    8.2. Pemohon Kerja:

    1. menggunakan atau berinteraksi dengan kami melalui Laman Web GSC;
    2. mengemukakan maklumat kepada kami atau menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat;
    3. memohon perkerjaan.
       

    8.3. Selain daripada data peribadi yang diperoleh secara langsung daripada anda seperti yang dinyatakan di atas, GSC juga boleh memperoleh data peribadi anda daripada pihak ketiga yang berurusan dengan GSC atau berhubung dengan anda, serta dari sumber-sumber lain di mana anda telah memberikan kebenaran untuk pendedahan data peribadi anda dan/atau di mana ia dibenarkan di bawah undang-undang (seperti, agensi rujukan/kredit, agensi pengambilan pekerja yang sah, institusi pendidikan/kewangan).
     

  9. Golongan pihak ketiga yang kepadanya GSC menzahirkan data peribadi anda

    Ini ialah golongan orang-orang yang kepadanya GSC boleh menzahirkan data peribadi anda:

    1. pemberi-pemberi perkhidmatan pihak ketiga untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran, komunikasi, pembayaran, pengurusan acara, keselamatan, teknologi maklumat (IT), pemprosesan data atau perkhidmatan lain kepada GSC;
    2. sebarang pihak ketiga atau syarikat yang GSC ambil bekerja atau melantik untuk menjalankan analisis perangkaan;
    3. rakan niaga-rakan niaga GSC berhubungan dengan produk-produk yang ditawarkan oleh GSC atau rakan niaga tersebut, termasuk Hong Leong Bank berhubungan dengan GSC-Hong Leong Bank Card;
    4. peguam; dan
    5. pihak-pihak berkuasa, badan-badan dan pihak-pihak lain bila diperlukan di sisi undang-undang.
       
  10. Pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia

    GSC boleh, jika perlu, memindahkan data peribadi anda ke lokasi di luar Malaysia sekiranya kategori individu dalam perenggan 9 di atas terletak atau mempunyai kemudahan pemprosesan di negara lain. Data peribadi anda boleh dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia bagi sebarang Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas. Anda memberikan persetujuan kepada kami untuk memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia dalam keadaan ini. Kami juga boleh memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia di mana dibenarkan di bawah undang-undang.

  11. Hak anda untuk mengakses, membetulkan dan memindahkan data peribadi anda

    Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi dalam simpanan kami, atau untuk membetulkan data peribadi tersebut.

    Anda juga boleh meminta agar data peribadi anda dihantar kepada entiti lain tertakluk kepada keupayaan ternikal, kebolehlaksanaan dan keserasian kami dengan entiti penerima.

    Anda boleh membuat permintaan sedemikian dengna menghubungi kami menggunakan butiran yang dinyatakan di bawah.

    Kami boleh monolak untul mematuhi permintaan anda untuk akses data, pembetulan data, atau pemindahan data, tetapi kami akan memberitahu anda alasan ketidakpatuhan tersebut.

  12. Hak anda untuk membuat pilihan berkenaan data peribadi anda

    Anda boleh melaksanakan hak anda untuk mengehadkan penggunaan atau tahap penggunaan data peribadi anda dan data peribadi pihak lain yang boleh dikenal pasti daripada data tersebut, tertakluk kepada hak kontrak kami dan/atau hak dan obligasi kami di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

    Walau apa pun yang dinyatakan di atas, kami berhak untuk membalas sebarang pengecualian berkanun dan/atau pengecualian untuk mengumpul, menggunakan dan mendedahkan ata peribadi anda.

    Untuk tujuan keselamatan dan pengesahan, semua permintaan hendaklah dibuat secara bertulis. Anda juga boleh menarik balik kebenaran anda terhadap pemprosesan data peribadi anda. Walau bagaimanapun, penarikan balik kebenaran anda mungkin menjejaskan keupayaan kami untuk menawarkan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda, atau menghalang kami daripada berkomunikasi atau terus untuk berkomunikasi dengan anda, atau menjejaskan penilaian permohonan pekerjaan anda.

    Anda boleh membuat permintaan di atas dengan menghubungi kami menggunakan butiran yang dinyatakan di bawah.

  13. Data peribadi individu di bawah umur

    Perkhidmatan kami, termasuk pendaftaran akaun untuk Program Kesetiaan Pelanggan GSC, promosi dan acara pemasaran, tidak ditujukan kepada individu yang di bawah umur 18 tahun. Kami tidak memproses data peribadi daripada individu bawah umur secara sedar berhubung dengan perkhidmatan ini dan jika kami mengetahui bahawa data tersebut telah diproses, kami akan memadamkannya. Jika anda percaya bahawa seorang individu bawah umur telah memberikan data peribadi kepada kami berkaitan dengan perkhidmatan ini, sila hubungi kami menggunakan butiran di bawah.

    Kami mungkin perlu mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memproses data peribadi individu bawah umur seperti yang dinyatakan dalam Notis ini dengan kebenaran untuk tujuan berikut:

    1. bagi permohonan pekerjaan anak anda di GSC;
    2. apabila anda memberikan data peribadi anak anda berkaitan dengan pekerjaan anda.
       

    Kami juga mungkin mengumpul maklumat seperti yang diterangkan dalam Notis seperti butiran hubungan anda termasuk nama, nombor pengenalan, nombor telefon bimbit atau alamat e-mel anda, untuk mengesahkan status anda sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah dan untuk meminta persetujuan anda sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah until memproses maklumat anak anda.

  14. Kewajipan anda

    Anda bertanggungjawab untuk memberikan data peribadi yang tepat, lengkap dan terkini, termasuk data peribadi pihak ketiga yang anda berikan. Kewajipan ini adalah syarat untuk kami membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda, atau untuk menilai permohonan pekerjaan anda.

    Adalah wajib untuk memberikan data peribadi anda bagi membolehkan kami memprosesnya untuk Tujuan-Tujuan tersebut. Jika anda enggan memberikan data peribadi, ia mungkin menghalang kami daripada berkomunikasi atau meneruskan komunikasi dengan anda, atau menjejaskan keupayaan kami untuk membekalkan produk dan/atau perkhidmatan tertentu kepada anda, atau menjejaskan penilaian permohonan pekerjaan anda.

    Sekiranya anda memberikan data peribadi bagi pihak orang lain (seperti ahli keluarga), anda mengesahkan bahawa anda telah memaklumkan mereka mengenai Notis ini dan memperoleh kebenaran atau kuasa sah untuk mendedahkan data mereka kepada kami bagi tujuan pemprosesan seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

  15. Keselamatan data peribadi anda

    Apabila memproses data peribadi anda, GSC mengambil langkah-langkah yang praktikal untuk melindungi data anda daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses, penzahiran, pengubahan atau pemusnahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja termasuk tetapi tidak terhak kepada kegunaan perihal cara dan teknik perlindungan seperti “encryption”, “firewalls”, dan “secure socket layer”.

  16. Penyimpanan data peribadi anda

    GSC akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang perlu untuk Tujuan-Tujuan yang diinyatakan dalam Notis ini.

  17. Hubungan-hubungan kepada laman web lain

    Apabila anda menggunakan pautan dari Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC ke laman web pihak ketiga, Notis ini tidak lagi berkuatkuasa. Sekalinya anda telah menggunakan hubungan tersebut, GSC tidak mempunyai sebarang kawalan atas laman web pihak ketiga itu dan GSC tidak dan tidak akan bertanggungan atau bertanggungjawab untuk perlindungan dan privasi sebarang data peribadi yang anda berikan semasa melawati laman web tersebut. Penglihatan dan interaksi anda atas laman web sebarang pihak ketiga yang lain akan tertakluk kepada peraturan-peraturan dan polisi-polisi sendiri laman web tersebut.

  18. “Cookies”

    “Cookies” adalah fail teks untuk menyimpan pilihan anda yang diletakkan dalam pelayar peranti anda. Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC mungkin menggunakan “cookies” untuk meningkatkan pengalaman anda dan memahami penggunaan Laman Web GSC / Aplikasi Mudah Alih GSC tersebut. “Cookies” tidak akan membekalkan kami dengan maklumat peribadi melainkan anda memilih untul memberikan data peribadi berkenaan kepada GSC. Walaubagaimanapun, setelah data peribadi dilengkapi, maklumat ini mungkin akan dikaitkan dengan data yang disimpan dalam “cookies” tersebut.

  19. Penjejakan penggunaan dan Fail Log

    Pelayan web GSC secara automatik mengumpul maklumat seperti jenis domain anda, pelayar yang digunakan dan alamat IP anda untuk tujuan pengumpulan statistik sahaja. Statistik tersebut akan digunakan untuk menambah baik kandungan Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC dan tidak akan dijual kepada mana-mana organisasi.

    Seperti laman web yang lain, GSC akan mengumpul dan menggunakan data dalam fail log. Maklumat dalam fail log termasuk alamat IP (protokol internet), ISP (pembekal perkhidmatan internet) anda, pelayan web yang digunakan untuk lawati Laman Web GSC, resolusi dan jumlah warna skrin, masa lawatan Laman Web GSC, serta laman lain yang anda lawati dalam Laman Web GSC.

  20. Hubungi kami

    Anda boleh mengemukakan aduan, permintaan akses data, pembetulan data, permintaan pemindahan data, permintaan untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi, atau permintaan untuk menarik balik kebenaran terhadap pemprosesan data peribadi anda serta sebarang pertanyaan berkenaan data peribadi anda dengan menghubungi:

    Pegawai Perlindungan Data

    Nama: Ernestine Khoo
    Alamat: No. 1, Jalan SS22/19, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


    Selaras dengan APDP, GSC berhak mengenakan bayaran yang berpatutan untuk memproses sebarang permintaan akses dan pemindahan data. Bayaran ini akan mengambil kira masa untuk mengesahkan, mencari, mendapatkan semula, menyemak dan menyalin maklumat yang diminta serta sebarang kos lain yang berkaitan. Anda akan dimaklumkan terlebih dahulu mengenai jumlah bayaran yang akan dikenakan.

  21. Ketidakkonsistenan atau konflik

    Sekiranya terdapat sebarang ketidakkonsistenan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

  22. Hak-hak lain

    Untuk mengelakkan sebarang keraguan, tiada apa-apa dalam Notis ini akan mengehadkan hak-hak anda atau hak GSC yang lain di bawah APDP.